September 22nd, 2007 by VIRTUALMETAL
24 July 2006 jam 6 pagi aku dah bangun bersiap. Kiranya hari nih tarikh rasmi aku bergelar golongan rakyat jelata yang ada kerja. Aku bukan lagi kutu atau Mat Jenin Millenium. Dari rumah aku naik bas ke Stesen LRT Salak Selatan. 20 minit jugak lah aku tunggu LRT nih. Selang 5 minit satu LRT kalau waktu pagi tapi biasa lah time orang nak pegi keje nih memang selalu padat macam keretapi kat New Delhi. Nasib baik takde yg dok atas bumbung atau bergayut kat tingkap. Waktu pagi mmg waktu paling aku suka naik LRT nih. Bau-bau wangi semerbak awek² yang nak ke ofis nih mmg menyegarkan mata dan jiwa raga. Tak kira lah perfume beli di pasar malam sekali pun. Janji wangi. Dengan populasi yg ada dalam satu gerabak tuh kalau setakat tersentuh sana sini tuh biasalah. Aku ulangi sekali lagi “tersentuh” yang membawa maksud bukan dengan niat atau tidak sengaja walaupun sekali sekala mmg tersengaja. Dari stesen Salak Selatan aku turun pulak kat stesen Plaza Rakyat. Tak tau kenapa tempat ni macam separuh siap. Dari situ jalan kaki sikit ke Kotaraya. Tunggu pulak bas di bawah cahaya matahari pagi tanpa tempat berteduh. Dekat sejam jugak lah menunggu bas kat situ. Dari situ pulak ambik masa 40 minit lagi utk sampai ke Plaza VADS. Itu pun terlambat sikit. Perjalanan dengan bas tadi tak sama aromanya dengan LRT. Jauh beza bau ketiak dengan minyak wangi nih.
Hari pertama training ni macam biasa lah. Rilek² sesi perkenalan diri je. Aku dengan si Faris je orang Kelantan dalam 30 orang intake nih. Training kali nih ambik masa 3 minggu. Belajar mengenai produk, teknikal dan jugak skill menahan telinga dari maki hamun customer yang bengang dan bangang. Ramai jugak member baru aku kenal kali nih. Macam² kaum dan genetik. Macam² kursus dia orang nih. Mmg tak sangkut paut pun ada. Ada jugak yang penah jadi pramugara dulu. Habis training 5.30 petang tuh. Naik bas lagi ke Kotaraya balik. Naik lagi LRT pulang ke rumah. Aroma awek² kali tak sama macam pagi tadi. Mungkin minyak wangi pasar malam dia orang dah habis kuasa saktinya. Semua orang nampak letih. Ada yang tido menganga. Ada yang tido sambil bergayut dan nampak bulu ketiaknya. Suasana petang tak sehebat waktu pagi. Jam 8 malam baru aku sampai rumah. Fuhhh… penat sungguh. Kalaulah aku ada helikopter…
Nota : dari 30 orang budak² batch 50 sekarang nih tinggal 5 orang je.

Dari Album VADS
September 19th, 2007 by VIRTUALMETAL
17hb July 2006, Tahun lepas la nih. 2 petang tuh aku ada interview kat VADS, Streamyx Call Centre. Ini dah kali ke 3 aku interview kat syarikat nih. Ramai calon kali nih. 4.30 petang tuh interview tamat. Lebih kurang jam 5 petang Kelly Services call bagi tau aku dapat job offer tuh. Tak sempat aku nak perabis sebatang rokok dia orang dah call. At last, setelah hampir 6 bulan aku jadi penganggur berhemah kat KL nih baru aku dapat keje yg boleh masuk kategori keje. Sebelum ni dah berpuluh interview aku pegi. Tiap² bulan kurang² 30 keping resume aku hantar. Penah jugak aku mintak keje basuh pinggan dekat Hotel Concorde dulu. Jalan kaki dari KLCC ke sana sampai nak tercabut kepala lutut tapi tak jugak dapatnya Ditanya pulak aku ada pengalaman ke tak basuh pinggan nih. Aduh… agak² korang skill basuh pinggan nih nak kena bertapa berapa lama? Aku cuma jawab “Pengalaman basuh pinggan tuh takde la sangat, pengalaman cari keje tuh berlambak lah”. Ada jugak aku mintak keje Bell Boy di hotel dekat area Ampang Park. 2 orang je nak pakai. Yang datang dekat seratus orang. Tuh pun bila dah campur² dengan jawatan kosong lain lah. Keje angkat beg pun susah nak dapat. Itu belum masuk syarikat broker kelentong lagi. Apa-apa hal pun minggu depan start training.
Macam mana aku boleh tak mati kebuluran di KL? Tenkiu bebanyak buat member² yg byk tolong support aku kat sini. Especially Adi yg sudi menaja aku hampir 2 ribu sebulan, bila dah dapat keje nih takde la aku menyusahkan ko lagi. Segan aku nak terima duit orang free² sebenarnya. Kalau tak ambik karang aku pulak tak makan, adik aku pulak tak boleh pegi tuisyen. Tak lupa jugak Syahril, Roy, Saifullah ngan Awe. Ada rezeki nanti aku pinjam lagi duit korang. Korang member kamcing aku sampai mati. Ada sepupu² baik punya rating jangan lupa tolong rekemen. Boleh kita jadi sedara nanti.
September 17th, 2007 by VIRTUALMETAL

20 May 2006 pagi tuh aku tunggu komuter dekat stesen Bank Negara, on the way nak ke rumah Adi kat Sungai Buloh. Hari ni nak kena follow mamat ni teman dia layan lap kat litar Sepang. Masa tengah kusyuk menunggu kura-kura komuter ni terserempak pulak dengan buah hati lama masa muda dulu. Sebesar-besar dunia ni boleh pulak jumpa kat sini. Kenal dia ni time aku matrikulasi tahun 1999 dulu. Umur aku baru 19 time nih. Nak jadi cerita, masa aku lepas spm dulu, aku jadi kutu sekejap. Selalu sangat keluar pegi bandar naik bas no. 60A melepak. Ada la budak ni yg aku selalu terserempak dgn aku atas bas. Comel jugak. Then lama aku tak nampak muka dia. Lepas aku masuk matrik terserempak pulak budak nih. Time tuh naik bas no 10 pulak sebab masa tu belajar kat KYPM Kota Bharu dekat Pantai Cahaya Bulan nun. Kerap sangat aku ulang alik terserempak ngan budak nih. Lama² bila dah dok cas karen je aku pun angau la jadinya. Balik hostel tido tangan atas dahi. 2 minggu turut-turut aku ponteng kelas petang pegi lepak stesen bas tunggu dia balik sekolah. Makcik kedai kopi pun dah naik jemu tgk aku minum 4-5 gelas sehari kat situ.
Dalam banyak kali jumpa tuh aku perasan jugak tahi lalat kat pipi dia nih kekadang jelas, kekadang tak berapa terang. Beg sekolah pulak kejap pakai yg katun Tweety, kejap beg hitam kosong. Pikir punya pikir, sampai bila aku nak jadi penunggu stesen bas nih, so aku tulis lah surat sekeping. Masa tuh email pun tak berapa femes lagi. Apa lagi handpon. Anak tokey balak je pakai time tuh. So satu hari tuh dengan bergetar kepala lututnya, gigi pun berpeluh, aku kuatkan jugak semangat bagi surat tuh kat dia nih. Takde la bagi kat tangan. Letak dekat beg sekolah dia pastu langkah seribu lah. Pepagi esoknya dia call aku, umpan dah mengena time tuh. aku ajak jumpa esok nya dekat bank BSN Kota Bharu. Tunggu punya tunggu datang lah dia dari arah belakang bank tuh. Aku dah senyum lebar. Tertengok pulak jalan belah kiri bank ada lagi sorang datang. Aku dah kompius, muka sama, tinggi sama, kulit pun lebih kurang. Yang mana satu dia? Atau adakah aku dah mabuk French fries yg aku telan kat McDolah tadi? At last dapat jugak aku cam, tu pun sebab dia tegur aku dulu. Anis nama dia. sorang lagi tuh kakak dia Amni. Bukan kembar, tapi beza setahun je. Baru tahu dalam masa aku dok tunggu kat stesen bas tuh yg tahi lalat jelas ni kakak dia rupanya. Mana aku tahu. Kordinat tahi lalat tu pun sama lokasi dia. Muka dua orang ni mmg sejibik sama kecuali tahi lalat dengan bulu kening je. Nak disedapkan lagi cerita, budak mula² yg aku naik bas nombor 60A tu pun orang lain. Jadi lah 3 orang muka seiras. Aku pun dah pening dah.
Lepas hari tuh start la aku berdating dengan budak nih. Biasa la zaman jiwa-jiwa remaja dulu. Mat rock pun layan jiwang jugak beb. Kalau tak Mail XPDC pun meninggal. 7 kali je aku sempat dating ngan dia nih. Lepas tuh aku kena cerai. Hukhukhuk. Tak sampai 6 bulan. Dari tahun 1999 sampai sekarang aku masih lagi teringat kat dia nih. Setahun sekali aku hantar birthday kad dengan kad raya. Nak call mmg dah tak berani sampai lah. 2 tahun lepas baru aku start call sekali sekala. Kurang² dia tahu aku ingat lagi kat dia. Nasib badan la melepas. Sampai sekarang aku menduda.
Nota : Honda 954RR si Adi tuh tergolek kat Sepang hari tuh. Bleh tgk gambar kat bawah nih. Seminggu lepas tuh si mamat ni rembat pulak Honda 1000RR, pergghh dekat 90 riban harga.
September 16th, 2007 by VIRTUALMETAL
17 April 2006 10.30 pagi ada interview kat ERL (Express Rail Link) di KL Sentral. Company kete api yg ulang alik KLIA tuh lah. Sampai sana ada 14 org calon yg dijemput jugak lah. Seingat aku resume aku hantar tahun lepas bulan September baru sekarang dia panggil. 14 calon kali ni hebat² belaka. Pemegang degree² dan ijazah kehormat. Tak macam aku yg diploma cukup makan nih. Sesi pagi tuh kita orang buat test Math ngan BI je. Test lagi, naik cuak aku. Cuba la korang test main congkak ke, berenang kuak lentang atas lantai ke, ataupun lompat tali, kan menarik interview. Lepas waktu tengah hari tuh baru start interview ikut giliran. Tiba giliran aku masuk pulak. Ada 2 orang interview aku, Sorang nya vice president dan sorang lagi tuh manager. 30 minit jugak lah turn aku. Bila aku keluar je pesaing² aku ingat aku dah dapat keje. Keputusan tak keluar hari tuh, ini baru first interview. Second interview dia akan panggil nanti. Rasa macam nak mintak keje angkasawan negara la pulak.
Tepat seminggu lepas tuh lepas tuh aku dipanggil lagi untuk interview kedua. Kali ni dipanggil ikut kelapangan waktu orang yg interview tuh. Orang tuh pulak adalah CEO syarikat tuh. 30 minit jugak lah aku ditemu ramah dan kena kutuk sekali dlm bilik tuh. Keje ni start jam 4.30 pagi sampai 3 petang katanya dengan penuh berhemah dan tatatertib. Kalau aku datang lambat dia potong gaji, pakai tak kemas pun potong gaji, rambut panjang sikit mmg tak boleh, pendek kata semua yg boleh potong dia nak potong. Aku tanya dia berapa riban basic gaji, Encik CEO tuh cakap RM 800. Setelah dicongak-congak dan kiraan kalkulus dibuat dalam kepala aku, rasanya baik aku jual vcd haram ke ubat kuat ke, ataupun jadi bapak ayam. Lagi macho dan beretika. Korang nak tau apa keje aku mintak nih? Jual tiket kete api ataupun orang kampung aku panggil train ticketing officer. Keje yg tak perlu borak panjang dengan customer sbb mmg sehala je tempat tujunya. Dlm iklan dia dulu model² dlm tuh dressing maut segak bergaya macam James Bond. Dua minggu lepas tuh dia orang call bagi tau aku dah dapat keje tuh. Aku setuju je lah. Lepas tuh haram tak nampak muka. Bukan aku memilih keje, tapi problem nya kul 4.30 pagi tuh nak aku pegi keje dengan mender? Dengan gaji banyak tuh nak bayar duit teksi pun aku kena berhutang dengan along lagi. Baik aku dok rumah jadi mat jenin ada jugak faedahnya.

September 13th, 2007 by VIRTUALMETAL
29 March 2006, 4 petang aku pegi Megan Avenue II kat area KLCC tuh. Ada interview utk grafik designer kali nih. Masuk je bilik meeting aku tengok ada 10 orang je calon dalam tuh. Mmg dijemput sahaja. Boleh tahan, macam meeting menteri² suasana dalam tuh. CEO dia sendiri yang brief pasal company tuh. Mat saleh dari mana ntah. Keje ni basic salary dia RM 2500. Dia dok citer pasal profile company je time tuh. Last² dia mintak semua buat satu design laman web dan submit esok. Balik berangan lagi la aku hari tuh. Mana aku ada internet nak submit design tuh. Takpe… keje lain banyak lagi. Rasanya la…