Pulau Redang
June 23rd, 2011 by VIRTUALMETAL
Pulau Redang ni pulau pertama gua jejak selain Pulau Pinang. Trip kedua dengan bebudak vads tahun 2007 dulu. Kami gerak kesana dari KL ke jeti Kuala Besut naik chartered bas. Masa jejak kaki kat pulau ni pun gua dah rasa cukup berbaloi. Lawa pulau ni. Air biru satu macam. Awek-awek pun boleh tahan jugak. Kita orang book Redang Holiday Inn. Dari jeti ke chalet ni mau 20-30 minit nak menapak. Nun di hujung pulau. Gua rasa Laguna Resort atau Redang Lagoon paling ngam kalau korang nak duduk. Kat tengah2 dan tak perlu jalan jauh. Mahal sikit gua rasa. Gua ingat tahun depan gua nak singgah lagi.
Full album klik sini
- No Comments »
- Posted in My Story











