Nokia 8250

July 17th, 2011 by VIRTUALMETAL

Ini handphone pertama gua beli tahun 2001 mas belajar dulu. Nokia 8250 atau nickname Nokia butterly. Gua beli menatang ni dulu RM820. Time tu dah kira rare dan ultimate. Apa gila beli handphone dekat 1k. Itu dulu. Sekarang budak sekolah pun bantai iPhone. Sim kad prepaid Maxis time tu RM238 promosi. Dah boleh beli sebijik handphone sekarang ni. Zaman gua pakai handphone dulu zaman gantung handphone kat leher. Setakat Nokia 3310 besar bagak tu bersepah tergantung kat leher sampai ke perut. Tapi gua tak buat kerja gila gantung handphone kat leher ni. Gua tak kisah kalau awek2 buat keje ni. Sedap jugak mata gua mandang. Time tu pengeluar handphone tengah sibuk dok design handphone kecik2. Fungsi semua sama lebih kurang. Game pun setakat game snake. Angry Bird memang jauh sekali. Apa lagi kalau mau check in. Cukup setakat untuk buat panggilan dan hantar SMS. Skrin pun hitam putih.

 

Zaman gua di matrikulasi KPM dulu Nokia 3210 dah kira kecik nak mampos. 2 tahun lepas tu gua ingat kalau baling kat badak sumbu pun boleh meninggal. Gua pakai handphone ni dari 2001 sampai 2007. Tiap2 hari charge tak kira bateri ada 3-4 bar ke apa. Tak pernah gua tukar bateri. Entah mangkuk mana cerita bateri cepat kong kalau belum habis lu dah charge. Handphone ni memang terbaik. Tapi gua tak rasa gua boleh pakai lagi menatang ni. Boleh mati kutu gua kalau tak boleh check fesbook atau twitter kat tangan. Ada lagi ka orang pakai handphone ni?

Leave a Reply

RSS Feed