Terima Kasih TM

August 5th, 2011 by VIRTUALMETAL

6 tahun dulu zaman malap gua. Memang tahap kutu habis. Ada ketika gua ada 30 sen selama 2 minggu. Memang time tu la merasa rokok balut kertas surat khabar. Malam-malam macam biasa keluar dengan Awe melepak.

Pomm Pomm Pomm!!!

Kedengaran bunyi kereta Awe datang menjemput dengan Iswara silvernya. Gua bingkas bangun keluar. Bawak apa yang patut.

“Mana port ini malam?” Tanya gua.
“Port biasa. Mu ada berapa?” Balas Awe.
“Aku ada 30 sen. Mu berapa?” Gua soal lagi.
“Aku ada dua ringgit. OK cukup 2 gelas.” Balas Awe lagi sambil mengerut muka.

Itu hari kami order teh o ais 2 gelas. Menapak 3-4 jam borak bisnes juta-juta. Itu rutin biasa hari-hari kita orang. Sangap mulut tak berasap tak payah cerita. Rokok apa jadah nak beli dengan 30 sen.

“Jom gerak. Pergi rumah Akma.” Cadang gua.
“Buat apa rumah dia?” Tanya Awe lagi.
“Pow rokok lah. Mungkin dia ada stok.” Gua bagi idea.

Separuh jalan di Kubang Kerian kami berhenti sekejap untuk pakai public phone. Ada lagi 20 sen belen dalam kocek gua time tu. Gua masuk syiling. Terus sangkut. Gua tumbuk sekali dua. Terus keluar duit 10 sen 2 keping. Tadi gua masuk 20 sen sekeping. Gua hentak lagi telefon tu. Syiling keluar lagi. Gua makin teruja. Gua balun lagi telefon tu. Kalau boleh lutut memang gua nak lutut time tu. Syiling makin penuh dekat tangan gua. Gua hentak sampai dah tak boleh keluar lagi. Gua kira-kira kutipan yang ada. Genap RM4.50. Pakcik kayo!!!!. Terus gua masuk balik dalam kereta.

“Singgah kedai runcit sekejap.” Gua kata.
“Tolong beli Pall Mall 20.” Balas gua sambil hand over semua syiling pada Awe. Gua bukan apa. Mana gua nak letak muka beli rokok pakai duit syiling. Rokok Pall Mall 20 time tu memang ngam-ngam RM4.50.

Itu malam dapat kami berasap. 20 batang tahan la dua hari. Terima lah Telekom Malaysia sebab tolong pulang balik duit syiling gua yang bertahun-tahun sangkut.

RSS Feed