Terima Kasih TM

August 5th, 2011 by VIRTUALMETAL

6 tahun dulu zaman malap gua. Memang tahap kutu habis. Ada ketika gua ada 30 sen selama 2 minggu. Memang time tu la merasa rokok balut kertas surat khabar. Malam-malam macam biasa keluar dengan Awe melepak.

Pomm Pomm Pomm!!!

Kedengaran bunyi kereta Awe datang menjemput dengan Iswara silvernya. Gua bingkas bangun keluar. Bawak apa yang patut.

“Mana port ini malam?” Tanya gua.
“Port biasa. Mu ada berapa?” Balas Awe.
“Aku ada 30 sen. Mu berapa?” Gua soal lagi.
“Aku ada dua ringgit. OK cukup 2 gelas.” Balas Awe lagi sambil mengerut muka.

Itu hari kami order teh o ais 2 gelas. Menapak 3-4 jam borak bisnes juta-juta. Itu rutin biasa hari-hari kita orang. Sangap mulut tak berasap tak payah cerita. Rokok apa jadah nak beli dengan 30 sen.

“Jom gerak. Pergi rumah Akma.” Cadang gua.
“Buat apa rumah dia?” Tanya Awe lagi.
“Pow rokok lah. Mungkin dia ada stok.” Gua bagi idea.

Separuh jalan di Kubang Kerian kami berhenti sekejap untuk pakai public phone. Ada lagi 20 sen belen dalam kocek gua time tu. Gua masuk syiling. Terus sangkut. Gua tumbuk sekali dua. Terus keluar duit 10 sen 2 keping. Tadi gua masuk 20 sen sekeping. Gua hentak lagi telefon tu. Syiling keluar lagi. Gua makin teruja. Gua balun lagi telefon tu. Kalau boleh lutut memang gua nak lutut time tu. Syiling makin penuh dekat tangan gua. Gua hentak sampai dah tak boleh keluar lagi. Gua kira-kira kutipan yang ada. Genap RM4.50. Pakcik kayo!!!!. Terus gua masuk balik dalam kereta.

“Singgah kedai runcit sekejap.” Gua kata.
“Tolong beli Pall Mall 20.” Balas gua sambil hand over semua syiling pada Awe. Gua bukan apa. Mana gua nak letak muka beli rokok pakai duit syiling. Rokok Pall Mall 20 time tu memang ngam-ngam RM4.50.

Itu malam dapat kami berasap. 20 batang tahan la dua hari. Terima lah Telekom Malaysia sebab tolong pulang balik duit syiling gua yang bertahun-tahun sangkut.

Sudah Manyak Mulah

July 25th, 2011 by VIRTUALMETAL

Gua kalau ke hulu ke hilir di KL ni gua rempit saje. Apa gila gua mengadap jem Kolumpo ni. Motor Ex5 gua ni dari 2006 lagi gua pakai. Motor seken jugak pun. Buruk rupanya tak payah nak cerita. Gua tak kisah. Janji gua start motor tu gerak sudah cukup. 2-3 minggu lepas gua pegi bengkel tukar cover set.

“Bos, ini cover Ex5 satu set berapa?” Tanya gua pada tokey bengkel tu.
“115 hinggit bos satu set.” Kata apek tuan kedai tu.
“Orait bos. Kasi touch up gua punya motor.” Balas gua tanda setuju.

Sambil tunggu motor gua siap gua lepak dulu pekena Nescafe kat mamak sebelah. Hampir 2 jam gua pegi balik bengkel jenguk motor gua.

“Bos, eksoz tak mau tukar? RM85 ori punya.” Tanya apek tu lagi.
“RM70 tak boleh dapat ka?” Gua tanya dengan harapan.
“Sudah manyak mulah woo ini balang.” Balas apek tadi.
“Ok lah tokey. Alang-alang gua bikin lu tukar la” Gua balas.
“Ini lampu signal mau tukar?” Apek tu tanya lagi.
“Orait bos kasi tukar.” Kata gua lagi.
“Gear stand lu mau bos? RM 12 wa kasi lu. Sudah mulah punya.” Apek tu offer lagi.
“Ok lah.” Gua balas.

Macam-macam benda apek tu offer gua kasi upgrade motor cabuk gua ni. Boleh tahan jugak rupa motor gua lepas touch up.

“OK bos sudah siap.” Panggil apek tu.
“Berapa semua tokey?” Gua tanya.
“RM 270 saje bos.” Balas apek tu sengih-sengih macam kambing.
“CELAKA.” Gua tak kata apa-apa.

 

Superbike gua sebelum touch up. Ada ke awek sanggup naik lu rasa?

Nokia 8250

July 17th, 2011 by VIRTUALMETAL

Ini handphone pertama gua beli tahun 2001 mas belajar dulu. Nokia 8250 atau nickname Nokia butterly. Gua beli menatang ni dulu RM820. Time tu dah kira rare dan ultimate. Apa gila beli handphone dekat 1k. Itu dulu. Sekarang budak sekolah pun bantai iPhone. Sim kad prepaid Maxis time tu RM238 promosi. Dah boleh beli sebijik handphone sekarang ni. Zaman gua pakai handphone dulu zaman gantung handphone kat leher. Setakat Nokia 3310 besar bagak tu bersepah tergantung kat leher sampai ke perut. Tapi gua tak buat kerja gila gantung handphone kat leher ni. Gua tak kisah kalau awek2 buat keje ni. Sedap jugak mata gua mandang. Time tu pengeluar handphone tengah sibuk dok design handphone kecik2. Fungsi semua sama lebih kurang. Game pun setakat game snake. Angry Bird memang jauh sekali. Apa lagi kalau mau check in. Cukup setakat untuk buat panggilan dan hantar SMS. Skrin pun hitam putih.

 

Zaman gua di matrikulasi KPM dulu Nokia 3210 dah kira kecik nak mampos. 2 tahun lepas tu gua ingat kalau baling kat badak sumbu pun boleh meninggal. Gua pakai handphone ni dari 2001 sampai 2007. Tiap2 hari charge tak kira bateri ada 3-4 bar ke apa. Tak pernah gua tukar bateri. Entah mangkuk mana cerita bateri cepat kong kalau belum habis lu dah charge. Handphone ni memang terbaik. Tapi gua tak rasa gua boleh pakai lagi menatang ni. Boleh mati kutu gua kalau tak boleh check fesbook atau twitter kat tangan. Ada lagi ka orang pakai handphone ni?

Berita Harian = Berita Lapuk

July 9th, 2011 by VIRTUALMETAL

 

Ini apa kes surat khabar bangang ni publish berita sampah yang 2 tahun lepas punya? Wartawan berita hairan ni main cedok tanpa usul periksa. 12 July 2011 Dailymail.co.uk ada publish berita ni. April 2009 pun themoscowtimes.com ada publish jugak. Gua beli paper sebab nak updated. Bukan outdated. Total crap!!!

Klik sini untuk berita dari Daily Mail.
Klik sini untuk berita dari The Moscow Times

Pulau Redang

June 23rd, 2011 by VIRTUALMETAL

Pulau Redang ni pulau pertama gua jejak selain Pulau Pinang. Trip kedua dengan bebudak vads tahun 2007 dulu. Kami gerak kesana dari KL ke jeti Kuala Besut naik chartered bas. Masa jejak kaki kat pulau ni pun gua dah rasa cukup berbaloi. Lawa pulau ni. Air biru satu macam. Awek-awek pun boleh tahan jugak. Kita orang book Redang Holiday Inn. Dari jeti ke chalet ni mau 20-30 minit nak menapak. Nun di hujung pulau. Gua rasa Laguna Resort atau Redang Lagoon paling ngam kalau korang nak duduk. Kat tengah2 dan tak perlu jalan jauh. Mahal sikit gua rasa. Gua ingat tahun depan gua nak singgah lagi.

View dari Holiday Inn Resort

 

Shot waktu malam dpn cafe kat chalet kita org.
Jugak view dari Holiday Inn Resort
Depan tuh Laguna Resort. Nampak nice.
Menatang ni memang banyak dekat restoran chalet kita orang.
Encik Tupai yg tak segan silu ambik makanan.

Full album klik sini

« Previous Entries

RSS Feed