Gua Blah Jugak!
July 14th, 2010 by VIRTUALMETAL
1 June 2009 gua dengan rasminya bukan lagi warga VADS dengan notis 24 jam. Lepas sebulan di Menara Cygal gua dah tak jejak lagi Plaza VADS. Sebulan kami honeymoon Menara Cygal @ Annex 1. Gua dah tak sanggup nak balik. Cukup la 3 tahun gua berkhidmat sebagai angkatan tentera streamyx ni. Gua dah fikir gila² dan telinga gua pun dah tak berapa nak boleh terima dah jadi customer service. Kesian telinga gua. Mungkin gua masih dengan VADS kalau kami kerja macam di Cygal. Melantak sundae macd di meja sambil layan movie dengan customer memekak di telinga atau pun hold customer lama² sementara kami pegi melantak sarapan pagi dengan sebatang dua nikotin.
Gua resign kira berani mati. Dengan saving haram satu sen pun takde. Kerja lain pun takde. Lepas resign, gua duduk melepak di rumah berbulan-bulan. Hidup 100% dengan duit gua cari dari internet. Anytime member ajak pekena teh segelas dua gua memang ON aja. Tidur bangun petang atau bangun tengah malam tiada siapa pun nak marah gua. Serius gua cakap memang best kerja sendiri. Tapi korang jangan ikut suka berhenti kerja kalau takde plan nak cari duit. Makan rumput la korang. Fikir dulu apa nak buat sebelum resign OK!.

Gambar budak batch Streamyx intake 50. Last day training dah ni. Hanya tinggal 2 orang saja sekarang di VADS.
- No Comments »
- Posted in My Story

























