Sudah Manyak Mulah

July 25th, 2011 by VIRTUALMETAL

Gua kalau ke hulu ke hilir di KL ni gua rempit saje. Apa gila gua mengadap jem Kolumpo ni. Motor Ex5 gua ni dari 2006 lagi gua pakai. Motor seken jugak pun. Buruk rupanya tak payah nak cerita. Gua tak kisah. Janji gua start motor tu gerak sudah cukup. 2-3 minggu lepas gua pegi bengkel tukar cover set.

“Bos, ini cover Ex5 satu set berapa?” Tanya gua pada tokey bengkel tu.
“115 hinggit bos satu set.” Kata apek tuan kedai tu.
“Orait bos. Kasi touch up gua punya motor.” Balas gua tanda setuju.

Sambil tunggu motor gua siap gua lepak dulu pekena Nescafe kat mamak sebelah. Hampir 2 jam gua pegi balik bengkel jenguk motor gua.

“Bos, eksoz tak mau tukar? RM85 ori punya.” Tanya apek tu lagi.
“RM70 tak boleh dapat ka?” Gua tanya dengan harapan.
“Sudah manyak mulah woo ini balang.” Balas apek tadi.
“Ok lah tokey. Alang-alang gua bikin lu tukar la” Gua balas.
“Ini lampu signal mau tukar?” Apek tu tanya lagi.
“Orait bos kasi tukar.” Kata gua lagi.
“Gear stand lu mau bos? RM 12 wa kasi lu. Sudah mulah punya.” Apek tu offer lagi.
“Ok lah.” Gua balas.

Macam-macam benda apek tu offer gua kasi upgrade motor cabuk gua ni. Boleh tahan jugak rupa motor gua lepas touch up.

“OK bos sudah siap.” Panggil apek tu.
“Berapa semua tokey?” Gua tanya.
“RM 270 saje bos.” Balas apek tu sengih-sengih macam kambing.
“CELAKA.” Gua tak kata apa-apa.

 

Superbike gua sebelum touch up. Ada ke awek sanggup naik lu rasa?

Wa Kena Beb!

December 2nd, 2008 by VIRTUALMETAL

Pada suatu pagi yg indah ntah bila aku pun sudah lupa. Maka bersiap-siaplah aku utk berangkat ke ofis. Ku pakai smart² dengan kemeja lengan panjang Padini, berseluar slack Guys Creative satu set dengan tali pinggangnya sekali, spender aku tak ingat apa brand dan tak lupa kasut kulit zaman glam rock ala² Skid Row dulu. Fuhh mmg dress all out aku ingat. Lepas agak yakin dengan tahap kesmartan aku, dengan rilek aku turun bawah start superbike ex5 aku. Banyak jasa motor nih biarpun rupanya tak seberapa dan cover set kaler campur² tapi rimnya aloi merah satu set masih mampu memikat awek² cun tak ingat punya.

Bila dah agak panas enjinnya aku pulas tombol minyak bak Rossi dengan motornya. Laluan biasa aku tempuh. Masuk Federal Highway lepas tu Kerinchi Link. Lepas aje Kerinchi Link superbike aku semput semacam. Tiba² mati tengah² jalan. Aku tendang lagi starternya. Nasib baik hidup. Sampai depan Phileo Damansara mati lagi. Kali ni aku start dah tak hidup lagi. Terpaksa aku tolak naik flyover dpn Phileo tuh. Matahari dah nak terik di kepala. Tadi pakai smart² tapi sekarang tolak motor. Apa cerita?

Aku berhenti sekejap dkt stesen minyak Caltex. Aku bukak plug. Cuba test mana patut. Plug OK lagi. Aku tendang² lagi starternya. Mmg confirm dah tak boleh. Aku tolak aje sampai ofis. Sejam setengah lambat masuk keje. Habis waktu keje minta Huddin tolong tengokkan. Si Huddin minta aku check minyak tapi aku cakap semalam aku dah isi penuh. Tapi last² aku check jugak. Tangki minyak aku kosong. Hah apa cerita? Fikir punya fikir secara kesimpulannya lepas bayar di kaunter aku terus start motor balik. Free² sedekah kat stesen minyak tuh 5 hinggit. Apa aku pikir time tu tak tau lah. Skrg lu tolak la motor sendiri. Mmg wa kena beb…

RSS Feed